Sebut sahaja nama Gigi Hadid, korang mesti akan teringat gaya ‘catwalk’ yang selalu dilakukannya di dalam pentas peragaan. Bahkan, model terkenal ini akan sentiasa memeriahkan suasana Fashion Week setiap tahun.
Seperti baru-baru ini, Gigi tidak terkecuali melibatkan diri di pentas peragaan di kesemua empat buah ‘fashion capital’ untuk Fashion Week 2022 bagi musim luruh dan musim sejuk. Lebih mencuri tumpuan, Gigi dilaporkan menderma semua gajinya sepanjang acara tersebut.
Derma kepada siapa?
Di Instagram, model Amerika Syarikat yang juga kacukan Palestin itu menjadi bualan ramai kerana dia dilaporkan menderma semua gajinya sepanjang acara tersebut ‘Fashion Week’ itu berlangsung. Gigi mengumumkan bahawa kesemua hasil gajinya itu bakal didermakan kepada mangsa-mangsa perang pergolakan Ukraine-Rusia dan juga di Palestin.
Selain Gigi, Ashton Kutcher,Mila Kunis, Ryan Reynolds dan isteri, Blake Lively antara selebriti terkenal Hollywood yang dikhabarkan memberikan sumbangan wang ringgit bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan isu ini.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Gigi kerana mempunyai sifat pemurah. Netizen berharap usaha Gigi ini akan dicontohi oleh ramai model bagi membantu mereka yang terjejas akibat peperangan.
Sumber: Gigi Hadid