Sekadar gambar hiasan
Tidak dapat digambarkan betapa lulunya hati seorang lelaki selepas mengetahui isteri tersayang berlaku curang dengan lelaki lain di belakangnya. Bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua dan kegiatan terkutuk si isteri berjaya dihidu si suami.
Artikel Berkaitan: Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!
Artikel Berkaitan:Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk
Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh Tribun News.
Beri alasan mahu jumpa doktor
Sekadar gambar hiasan
Kisahnya bermula pada awal Mac yang lalu, si isteri dikenali sebagai Zhang mengadu sakit perut dan meminta izin suaminya, Luo untuk pergi berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pelawaan Luo untuk menghantar isterinya telah ditolak dan wanita berkenaan hanya menyuruh suaminya menjaga anak perempuan mereka di rumah ketika dia mendapatkan rawatan.
Luo ketika itu hanya bersetuju dan sempat memberi pesanan kepada isterinya supaya berhati-hati. Bagaimanapun, rahsia terbesar wanita itu terbongkar berikutan suaminya secara tidak sengaja melihat telefon bimbit miliknya yang ditinggalkan di rumah mereka. Difahamkan, telefon bimbit lama milik Zhang disambungkan ke telefon bimbit baharu miliknya dan mempunyai fungsi carian jika peranti tersebut hilang.
Kerana ingin tahu, Luo bertindak membuka aplikasi navigasi dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati isterinya sedang berada di hotel bukannya hospital atau pun klinik. Apa yang berlaku membuatkan lelaki ini lebih curiga namun dia masih berdiam diri dan tidak bertindak secara melulu.
Tindakan memalukan si isteri
Sekadar gambar hiasan
Sebagai solusi, Luo bertindak menghidupkan aplikasi pada telefon bimbit milik isterinya bagi mengawasi gerak-geri yang dilakukan dan hasilnya mendapati wanita berkenaan berlaku curang dengan seorang tukang paip Hsinchu, Taiwan iaitu Zhong. Difahamkan, Zhong sebelum ini pernah ke rumah mereka untuk membaiki paip dan kedatangan tersebut didakwa hanyalah lakonan semata-mata.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila telefon bimbit milik isterinya memaparkan bukti yang tidak perlu disangkal lagi termasuklah SMS, panggilan telefon, gambar, dan video lucah. Bukan itu sahaja, Zhong menerusi aplikasi WhatsApp sempat meminta supaya Zhang bercerai dan menetap bersamanya.
Saya hanya gembira apabila saya bersama kamu.
Berbicara lebih lanjut, pasangan ini juga didakwa sering melakukan hubungan seks dan terdapat video sebagai bukti. Susulan daripada itu, Luo bertindak memfailkan penceraian di mahkamah dan meminta Zhang membayarnya sebanyak 1 juta yuan (anggaran RM661,461.90) sebagai kos ‘penderaan’ mental.
Zhang akhirnya mengaku mempunyai hubungan terlarang dengan Zhong dan perlu membayar pampasan kepada Luo sebanyak 250,000 yuan (anggaran RM165,365.47) serta pasangan ini akhirnya bercerai.
Sumber: Tribun News