Pelantun suara ‘Ragu’, Rizky Febian dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung kes penerimaan bayaran pembelian produk miliknya yang dipercayai adalah hasil wang judi atas talian.
Kenal sejak September tahun 2021
Menerusi laporan Liputan, Rizky dipercayai menerima bayaran sebanyak Rp400 juta bersamaan (RM1.2 juta) daripada usahawan dan jutawan, Doni Salmanan. Bayaran tersebut dipercayai transaksi jual beli produk minuman Rizky pada bulan September tahun 2021. Setakat ini, Doni telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki menjalani perniagaan secara haram.
Menurut peguam Rizky, Ahmad Ramzey memberitahu anak guamnya mengenali Doni pada bulan September 2021. Hasil soal siasat selama empat jam, Rizku mengaku bayaran dari hasil minuman yang diterima itu sebahagiannya didermakan sementara separuh lagi diberi kepada yayasan yang memerlukan bantuan. Terdahulu, Rizky meluahkan rasa gembira kerana minumannya dibida oleh Doni sehingga mencecah RM1.2 juta.
Selain Rizky, beberapa selebriti Indonesia yang lain turut menerima hadiah dan wang daripada Doni. Doni dipercayai melakukan hal tersebut bagi menutup segala kerja haramnya. Atta Halilintar dipercayai pernah menerima seutas jam tangan dan pasangan Lesti Kejora dan Rizky Billar dipercayai pernah menerima wang sumbangan sewaktu majlis perkahwinan mereka.
Sumber: Liputan