Teruja apabila tibanya bulan Ramadan, kemudian Syawal pula datang berkunjung. Korang pun mesti tak sabar nak buat reunion raya tahun ni kan? Dah 2 tahun tak buat gathering untuk raya, excited nak jemput saudara-mara dan kawan-kawan datang ke rumah!
Eh, nanti dulu! Sebelum korang jemput mereka, cuba tengok sekeliling rumah korang. Alamak, macam tak terurus je. Warna cat rumah pun dah makin pudar, apatah lagi pagar besi kat luar rumah tu. Tak boleh jadi ni.
Nak hias rumah dengan lebih cantik tapi pada masa yang sama selamat untuk tetamu? Guna cara ni..
Korang kena guna cat dengan warna mempesona yang mengandungi ciri-ciri anti-virus & anti bakteria
Berapa kali korang cat rumah korang dalam setahun? Kebanyakan orang akan cat rumah mereka setahun sekali. Itu pun sebab musim perayaan. Mungkin korang dah lama tak cat rumah sebab dah lama tak sambut raya. Sekarang ini la masanya untuk tebus balik!
Maklum la buat gathering di rumah sempena Raya, mesti meriah sakan. Budak-budak kalau tak berlari ke sana ke mari, sentuh sana sini, memang tak sah! Tapi ibu ayah semua tak perlu risau. Memang wujud cat yang membasmi virus dan bakteria!
Rumah berseri & selamat di Hari Raya dengan Rangkaian Cat Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint
Nippon Paint sekarang ada Rangkaian Cat Anti-Virus dan Anti-Bakteria dengan formula baharu dan dipertingkat lagi yang terdiri daripada VirusGuard, Spot-less Plus dan Vinilex Fresh Plus.
Rangkaian Cat Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint dicipta khas untuk pastikan permukaan dilindungi dan selamat untuk disentuh. Teknologi Ion Perak yang diformulasikan dalam cat ini terbukti secara saintifik dapat menyekat 99.9% dari virus dan bakteria berbahaya pada permukaan bercat.
Apa yang korang boleh buat dengan cat daripada Nippon Paint sempena raya ni? Macam-macam wei!
Pilih warna yang trending untuk bahagian dalam, baru stylo!
Warna rumah kau ni serius cantik gila. Pakai cat apa?
Kalau korang datang ke rumah orang lain, apa yang korang akan tengok dulu? Semestinya warna. Tak kisah la warna dinding ke, perabot ke, pintu ke, tapi pilihan warna yang ceria dan menarik akan mempengaruhi mood di Hari Raya tau.
Tak ada idea warna yang sesuai untuk ruang dalaman di Hari Raya? Jangan risau! Korang boleh tengok beberapa tema dengan warna yang trending daripada Nippon Paint kat bawah ni. Edisi Raya 2022 ni confirm buat korang berkenan teruk!
TEMA RUMAH RAYA 1: REVIVE
Nature lover mesti suka tema ni. Korang akan rasa seperti duduk di alam semula jadi dalam rumah korang. Warna sebegini dapat memulih semangat dan meningkatkan kesihatan keluarga.
– EVERGREEN
Warna kehijauan semula jadi nampak indah dalam rumah kerana kebiasaan kita melihatnya di luar. Terasa lebih segar sebab warnanya terserlah di mana-mana ruang. Suasana rumah pun jadi lebih tenang di Hari Raya.
– SIMPLY SUNNY
Ceriakan Hari Raya korang dengan rona keemasan lembut Old Mat. Warna ni cantik dipadankan bersama tekstil semula jadi dan hiasan rumah raya buatan tangan.
– QUIET CONTRASTS
Korang boleh dapat inspirasi Hari Raya dengan kekayaan dan kehangatan Roxbury Brown yang menonjolkan keindahan alam semula jadi. Warna coklat tanah menambahkan kehangatan dan keselesaan pada bilik neutral.
TEMA RUMAH RAYA 2: RESTORE
Ruang yang tenang dengan warna semula jadi yang lembut sebenarnya dapat memberikan kesihatan yang optimum. Korang yang sukakan warna lembut boleh la pilih tema ni untuk rumah korang di Hari Raya.
– FRESH SENSE
Wujudkan persekitaran tenang dan gembira dengan keseimbangan warna bersih dan diredam. Lorekan merah jambu Vintage Vage dapat mencerminkan keperluan warna lembut dan memulihkan di Hari Raya.
– PURE SPACE
Nikmati Hari Raya dengan nada yang lebih ringan dengan kesederhanaan tenang berinspirasikan skema monokrom dengan Ash White yang halus. Tetamu akan rasa lebih selesa berkunjung ke rumah korang.
– URBAN RETREAT
Dapatkan inspirasi dengan urban retreat bersama kontemporari Dark Horizon yang menenangkan. Warna ni mencerminkan suasana urban lembut di Hari Raya. Padanan sempurna dengan kayu semula jadi dan tekstil.
TEMA RUMAH RAYA 3: RECONNECT
Dah sampai masa untuk reunion bersama sanak saudara dan kawan-kawan. Tema ni akan jadikan rumah korang lebih ceria dan harmoni. Korang sekeluarga akan mula tersenyum dan berkumpul di Hari Raya dengan gembira!
– GO GREEN
Ambil warna kuning yang menggembirakan dan lembutkannya dengan sentuhan hijau semula jadi. Pemilihan Dried Palm, warna yang mesra ni dapat menyatukan dan menyerlahkan suasana di Hari Raya.
– SWEET SENSATION
Hadirkan senyuman ke wajah semua orang dengan warna pastel Soulmate moden dalam semangat perayaan. Ini la warna dengan permulaan yang sempurna dan mesra buat mereka yang reunion di Hari Raya.
– PRIMARY PLAY
Ubah bilik korang dengan aksen warna utama yang berani daripada Picket Fences yang berkrim. Memancarkan aura optimis dan damai, warna ni sesuai untuk gathering Raya sekeluarga!
TEMA RUMAH RAYA 4: REFLECT
Nak bawa detik kegembiraan di rumah korang pada Hari Raya? Tema ni penuh dengan warna yang menghargai keseronokan hidup yang sederhana. Jom bawa sentuhan yang bahagia tapi elegan di rumah dengan tema ni!
– PRECIOUS WARMTH
Kekayaan dan keselesaan Capital’s Gold ialah warna indulgensi tulen yang diilhamkan oleh mineral terdahulu. Dengan kemesraan yang lembut dan sentuhan kecemerlangan, warna yang benar-benar mengasyikkan ni akan beri inspirasi kepada detik-detik renungan yang bermakna.
– ELEGANT GLOW
Raya korang lebih elegan tahun ni dengan Beauty Cream yang direka untuk memantulkan cahaya ke dalam ruang dalaman. Mana-mana ruang dalaman untuk korang bergambar sempena Hari Raya jadi lebih indah!
– BLUE MOOD
Lepaskan diri korang ke dalam lautan biru. Cipta ruang imersif yang menenangkan dengan Far and Beyond mendalam yang merangkumi kebiruan alam semula jadi yang indah.
Tergodanya tengok. Semua tema dengan warna yang trending daripada Nippon Paint memang menarik. Tak sabar nak guna dan tunjuk pada keluarga dan kawan-kawan di Hari Raya nanti. Memang onz gila ah!
Dalam kegembiraan menyambut perayaan, kita masih boleh jaga diri kita dengan Rangkaian Cat Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint. Bagus sangat tu. Nak sambut raya tu boleh tapi pastikan rumah berseri dan selamat ya.
Kunjungi e-book Nippon Paint untuk melihat lebih banyak pilihan tema dan warna mengikut kesesuaian dan cita rasa anda sempena Ramadan dan Raya kali ini atau layari https://colourtrends.nipponpaint.com.my/.
Korang nak info lebih lanjut tentang Rangkaian Cat Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint? Boleh terus layari https://www.nipponpaint.com.my, atau hubungi Khidmat Pelanggan Nippon Paint di talian 1800-88-2663.