Nama Pencetus Ummah (PU) Riz tiba-tiba meledak dalam media sosial selepas viral satu potongan video di Twitter.
Artikel Berkaitan: Neelofa Lakar Sejarah Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf
Dengar dengan hati terbuka
Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memberi pencerahan selepas ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Ada di Twitter satu tulisan yang sebegini dan outcome daripada tulisan ini Haris menyuruh isteri untuk bawa masuk beras ke dalam rumah.
Sebenarnya bukan itu maksud dia. Kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak. Tapi kepada mereka yang bekerja, yang ada tanggungjawab di luar kalau tak sempat, tidak menjadi satu dosa dan masalah.
Berbalik kepada video ini, apa yang ingin disampaikan pertama adalah orang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal. Kalau dia mampu menyediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin.
Orang lelaki mesti bagi nafkah, kena infaq harta kepada isteri dan anak-anak. Itu maksud yang ingin disampaikan. Tidak boleh kita suruh isteri angkat beras yang berat masuk rumah. Itu perkara yang menzalimi.
Bukannya bini kena buat semua
Atas sebab apa gov agency seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? 3mins pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman skrg semua kena give and take. Bukannya sbb kau laki, bini kena buat semua. pic.twitter.com/iwp3cthRIE
— pinokio (@Kionopi188) March 9, 2022
Sebelum ini, seorang netizen meluahkan rasa kurang senang apabila suami kepada selebriti terkenal, Neelofa dijemput menjadi ‘speaker’ dalam sebuah majlis. ‘Berbulu telinga dengar’, itu yang diluahkan oleh individu terbabit.
Hantaran itu turut dipersetujui oleh warganet lain yang berpendapat dalam kehidupan rumah tangga sepatutnya kena amalkan budaya ‘give and take’.
Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: Twitter @Kionopi188, TikTok @hrisbismail