Sekadar gambar hiasan
Gara-gara bunyi ayam jantang yang bising, seorang lelaki di Thailand didakwa menyimbah minyak petrol pada badan jirannya sebelum bertindak membakar mangsa hidup-hidup.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku Khamis yang lalu dan mangsa ketika itu sedang berehat di kerusi rumahnya.
Tergamak bakar jiran
Foto: Thaiger
Ujar saksi menerusi laporan Thaiger, mangsa yang dijilat api berlari keluar dari rumahnya dan dia dilaporkan terselamat namun badannya melecur akibat insiden tersebut. Dakwa saksi lagi, suspek dan mangsa sering kali bergaduh berikutan bunyi ayam jantan yang bising.
Suspek, Kriangkrai Yong Pimmongkon, 35, yang tinggal berdekatan di sebuah rumah di Samut, Prakan dikatakan pergi ke rumah jirannya sebelum bertindak di luar kawalan. Susulan daripada insiden tersebut mangsa, Charoen Rukkachart, 40, dibantu oleh jiran tetangga yang mendapatkan air sebelum menyiram ke atas badannya.
Mangsa juga telah dibawa ke hospital dan dilaporkan melecur di keseluruhan badan dari kepala hingga kaki. Ujar pegawai polis, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut dan suspek sebelum ini pernah disabitkan dengan dua atau tiga kes dadah.
Sumber:Thaiger