Foto: Polis Daerah Klang Utara
Seorang penghuni sebuah kondominium terkejut menemui mayat seorang bayi di hadapan tempat pembuangan sampah kawasan kediamannya di Bandar Baru Klang, semalam.
Artikel Berkaitan: Bayi Baru Lahir Ditemui Tanpa ‘Kepala’ Diseret Anjing, Polis Syak Hasil Anak Sumbang Mahram
Artikel Berkaitan: Pelajar Universiti Selit RM29 & Sepucuk Surat Sebelum Buang Mayat Bayi Di Masjid – ‘Suami Kerja, Tak Dapat Balik’
Artikel Berkaitan: Tak Sedar Mengandung, Ibu Muda 18 Tahun Buang Bayi Dalam Tong Sampah
Meninggal dunia dalam tempoh 24 jam
Foto: Sinar Harian
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, bilik gerakan menerima panggilan daripada lelaki itu pada jam 3.05 petang memaklumkan menjumpai seorang bayi tidak bernyawa.
Pemeriksaan ke atas bayi tersebut mendapati sudah tidak bernyawa dan bayi berusia anggaran empat bulan itu didapati meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
Susulan itu, pihak polis melancarkan operasi mengesan suspek yang bertanggungjawab membuang bayi yang tidak berdosa itu.
Pasangan kekasih berjaya ditahan
Foto: FreeMalaysiaToday
Hasil daripada maklumat, polis berjaya menahan seorang perempuan warga asing dan teman lelaki warga tempatan di sekitar tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang.
Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 40-an itu sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pasangan kekasih itu akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah tahanan reman bagi meneruskan siasatan dalam kes buang bayi tersebut.
Sumber: Polis Daerah Klang Utara