Foto: ABC Chicago
Remaja berusia 18 tahun di New Mexico, Amerika Syarikat ditahan selepas didapati membuang seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah.
Bertarung nyawa dalam cuaca sejuk
Tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelakuan seorang ibu muda mencampakkan bayinya yang dibungkus di dalam beg sampah berwarna hitam.
Rakaman video menunjukkan remaja itu, Alexis Avila tiba dengan kereta Volkswagen Jetta, kemudian membuka pintu belakang dan melemparkan sebuah beg sampah hitam ke dalam tong sampah di Hobbs, New Mexico pada kira-kira jam 2 petang, 7 Januari lalu.
Bayi lelaki itu bertarung nyawa selama hampir enam jam dalam cuaca -1 darjah celsius ditemukan tiga pejalan kaki dalam keadaan masih hidup dan bertali pusat.
Tak sedar diri sendiri mengandung
Menurut laporan Daily Mail, Avila tidak sedar yang dirinya mengandung sehinggalah sehari sebelum melahirkan bayinya dalam tandas.
Avila ditahan dan didakwa atas cubaan membunuh dan penderaan kanak-kanak. Namun, Avila dibebaskan dari penjara selepas diikat jamin sebanyak AS$10,000 (RM41,946) kurang dua jam selepas ditahan.
Dia akan dihadapkan semula ke Mahkamah Daerah Lea.
Ibu ‘back up’, anaknya tak patut dikecam
Nenek kepada bayi tersebut, ibu kepada Avila mempertahankan anaknya dan berkata semua orang melakukan kesilapan, dan anaknya tidak layak menerima kecaman sebanyak itu daripada netizen.
Orang boleh bagi pendapat masing-masing. Semua orang buat kesilapan. Mereka boleh berkata dan menilai kami, tapi kami hanya pedulikan penilaian yang satu.
Keluarga mereka kini akan memohon kembali hak penjagaan bayi yang diberi nama Saul itu, namun pihak keluarga kepada bapa bayi tersebut yang berumur 16 tahun mungkin akan menuntut hak penjagaan yang sama.
Video:
Sumber: ABC Chicago, Daily Mail UK