Sekadar gambar hiasan
Seorang gadis berusia 21 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai membuang bungkusan mayat bayi di sebuah masjid di Kalimantan Tengah, Indonesia.
Tinggal mayat bayi di masjid
Foto: Tribunnews
Memetik laporan Tribunnews, gadis terbabit yang merupakan seorang pelajar universiti di Indonesia dipercayai mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah lima bulan. Berikutan daripada itu, suspek bertindak membungkus mayat bayinya dengan plastik dan memasukkan ke dalam kotak kadbod sebelum meninggalkannya di perkarangan masjid.
Bukan itu sahaja, suspek meletakkan wang berjumlah 100 ribu rupiah iaitu bersamaan RM29.12 dan sepucuk surat yang mengandungi permintaannya kepada orang ramai untuk mengebumikan mayat bayi berkenaan.
Surat yang ditinggal suspek
Foto: Tribunnews
Menerusi kandungan surat berkenaan, gadis itu mengaku mengalami keguguran dan dia tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung harap memandangkan suaminya tidak dapat pulang kerana bekerja di Kalimantan Barat. Suspek juga mendakwa dirinya masih bergelar seorang pelajar.
Suami saya sedang bekerja di Kalimantan Barat, dia sedih mendengarnya tetapi kerana keadaan tidak mengizinkan dia datang ke sini. Jadi dia mencadangkan agar saya meletakkan bayi di masjid supaya ada orang yang boleh menguruskannya.
Menurut gadis ini lagi, bukannya dia sengaja tidak mahu berjumpa dengan individu-individu di masjid berkenaan tetapi dia tidak sanggup dan tidak mempunyai kekuatan untuk melihat keadaan bayinya itu.
Insan yang saya dan suami menanti selama ini telah diambil oleh sang pencipta. Bayi ini saya serahkan kepada sesiapa yang ingin menguruskan pengebumiannya, sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak dapat berjumpa secara peribadi. Bayi ini kami beri nama Umairah bin Irfan
Menerusi surat itu juga, pihak polis akhirnya berjaya menahan suspek.
Sumber: Tribunnews