Setiap kali tiba musim perayaan, kebanyakan orang bukan je sekadar teruja untuk buat persiapan raya. Tapi ada satu lagi benda yang dinanti-nantikan ramai. Haa.. Apa tu? Mestilah iklan raya! Apa lah ertinya beraya kalau tak ada iklan-iklan yang lazimnya bakal menggamit memori kan?
Tahun ni pun tak kurang hebatnya tau, ada macam-macam iklan raya dikeluarkan syarikat korporat. Tapi, favourite min adalah iklan raya dari Sunway Group (Seri Cahaya Aidilfitri) yang boleh dikatakan lain daripada yang lain. Dalam mengangkat tema kekeluargaan dan Aidilfitri mereka juga tampil kreatif dengan mengetengahkan isu perubahan iklim yang kian serius dan perlu diambil berat.
Apa jadi bila perlu beraya dalam gelap?
Semua orang tahu, persiapan raya adalah masa paling meriah bersama sanak-saudara. Yelah, bukan selalu dapat berkumpul bersama jadi bila dapat sama-sama hias rumah dan memasak hidangan raya memang seronok sangat rasanya. Tapi yang tak best bila tiba-tiba tak ada eletrik pula! Haih, jadi kacau persiapan tu.
Namun, si bijak Aida dalam Seri Cahaya Aidilfitri tak mudah mengalah! Dia sendiri usaha untuk rangka perancangan buat hasilkan sumber tenaga. Orang kata kecil-kecil cili padi! Kalau nak tahu berjaya atau tidak usaha Aida ni korang kenalah tonton sendiri iklan raya Sunway Group di bawah:
Sunway Group mahu capai ‘Net Zero’ menjelang 2050
Masalah pemanasan global dan perubahan iklim yang kian meruncing sehingga menyebabkan banjir, letusan gunung berapi, kebakaran hutan dan bermacam lagi bencana lain menjadi tanda betapa uzurnya bumi dan tak boleh lagi dibiarkan jika tak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku dalam tempoh 2 atau 3 dekad akan datang.
Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres, menyifatkan situasi semasa sebagai ‘kod merah’ untuk kemanusian.
Oleh itu, Sunway Group berasa terpanggil untuk bersama mencapai matlamat Sustainable Development Goals (SDG) dan menyasarkan ‘Net Zero’ pada tahun 2050 sebagai salah satu cara menyelamatkan bumi dengan menyegerakan pemotongan smog atau gas Rumah Hijau.
Sekiranya tindakan pantas seperti ni tidak diambil, Asia Tenggara bakal menjadi antara kawasan paling teruk terjejas dan berkemungkinan besar kita bersama generasi akan datang perlu hidup dalam keadaan cuaca yang sangat ekstrem.
Oleh itu, Sunway Group telah pun bersedia dengan pelan hala tuju pengurangan serta penggantian bagi meminimalkan pengeluaran gas penyerap-haba secara berperingkat untuk beberapa dekad akan datang.
Pelaburan strategik untuk ladang solar berskala besar
Perancangan jangka panjang Sunway Group adalah untuk melabur secara strategik dalam bidang solar berskala besar. Mereka berazam untuk menghasilkan 25 peratus keperluan tenaga daripada matahari bagi menggerakkan keseluruhan operasi mereka menjelang 2030.
Sunway Group juga mahu menggunakan teknologi ‘carbon capture and sequestration’ yang bertindak mengesktrak karbon dari udara lalu menyimpannya di bawah tanah.
Teknologi ni turut membantu untuk menguruskan sisa dengan baik yang mana secara tidak langsung dapat mengehadkan tapak pelupusan sampah dan mengurangkan pelepasan gas Rumah Hijau.
Pada masa yang sama ia juga mampu mewujudkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan kebolehan untuk menjana kuasa bandar kita sehingga masa hadapan!
Semua ni hanyalah sebilangan kecil daripada usaha Sunway Group yang sentiasa komited untuk memulihkan kelestarian alam.
Sebenarnya dah bermacam-macam lagi usaha lain mereka lakukan semenjak sekian lama, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang inisiatif Sunway Group korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.