Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita di Situbondo, Jawa Timur, Indonesia terkejut selepas melihat anaknya yang berusia 12 tahun keluar dari surau sambil memegang seluar. Apa yang lebih mengejutkan, apabila kanak-kanak ini dipercayai menjadi mangsa kegiatan ‘tidak senonoh’ selepas waktu solat Tarawih.
Kanak-kanak jadi mangsa
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Tribun News, mangsa, FN yang merupakan pelajar sekolah rendah didakwa dinodai oleh jirannya sendiri, R, 72, yang tinggal di Daerah Kendit, Situbondo. Insiden tidak senonoh itu berlaku apabila mangsa dan bapanya bersama-sama menunaikan solat Isyak dan Tarawih di sebuah surau.
Bagaimanapun selepas tadarus, bapa kepada mangsa pulang ke rumah dan isterinya sempat bertanyakan mengenai anak mereka yang masih tidak pulang. Bagi mengesahkan keberadaan anaknya, si ibu bertindak ke surau tempat anaknya menunaikan solat Tarawih dan tadarus.
Namun ketika sampai di hadapan surau, wanita ini bertindak memanggil anaknya dan alangkah terkejutnya dia melihat kanak-kanak ini membetulkan seluarnya. Curiga dengan apa yang terjadi, wanita ini bertindak bertanyakan kepada anaknya apa yang telah terjadi.
Ceritakan perkara sebenar
Sekadar gambar hiasan
Selepas diaju dengan soalan tersebut, mangsa tampil menceritakan dia telah diganggu oleh seorang warga emas sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Situbondo. Kini mangsa dilaporkan selamat dan menjalani pemeriksaan.
Sumber: Tribun News