Sebelum ini, penyanyi, Shila Amzah diusik oleh netizen untuk kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. Namun begitu, Shila berkata hubungannya dengan Sharnaaz masih baik namun hanya sebagai kawan.
Tolak bercinta seperti dulu
Menurut Shila, dia menolak untuk kembali bercinta seperti dulu, serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan masing-masing.
Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in relationship. Saya tak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best. Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuba saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu. Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing.
Dalam pada itu, Shila berkata dia tidak menolak untuk berkahwin semula jika ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti namun bukan dalam masa terdekat.
Video penjelasan
View this post on Instagram
Sumber: Shila Amzah