Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan pihak polis selepas dipercayai merogol adik kandungnya sehingga mengandung enam bulan.
Sakit perut
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, suspek yang bekerja sebagai petani diberkas polis di rumahnya di Kadok, Kelantan pada hari Khamis yang lalu. Tambah Zaki, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas pihak Hospital Kajang membuat laporan. Mangsa mendapatkan rawatan di hospital akibat sakit perut. Hasil pemeriksaan mendapati, remaja berusia 13 tahun itu disahkan mengandung selama 26 minggu.
Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah. Siasatan awal mendapati, mereka melakukan hubungan seks bersama beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sehingga mangsa disahkan mengandung.
Ujar Zaki lagi, pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Kenyataan media
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan