Sekadar gambar hiasan
Gara-gara mengambil swafoto bersama cermin mata milik mangsa, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) didakwa terlibat dengan kematian enam individu di mana mayat mereka dijumpai pada 23 Januari yang lalu di sebuah rumah di Milwaukee, Wisconsin.
Bunuh 6 mangsa
Foto: Metro UK
Memetik laporan Metro UK, pihak polis berjaya menjumpai swafoto yang dirakam oleh suspek, Travis Lamar Birkley, 34, di ruang bawah tanah kediamannya tempat mayat mangsa ditemui. Suspek bagaimanapun didakwa terlibat dengan enam pertuduhan membunuh dan pihak polis mengaitkan suspek berikutan data telefon bimbit miliknya termasuklah gambar swafoto tersebut.
Difahamkan, tiga daripada mayat itu ditemui di ruang bawah tanah dan pihak polis mengesyaki mereka dipercayai dibunuh tiga hari sebelum berjaya dijumpai. Menurut saluran televisyen WDJT-TV, gambar swafoto tersebut jelas kelihatan suspek memakai cermin mata milik salah seorang mangsa dan Birkley mengaku bersubahat bersama sepupunya membunuh mangsa dalam satu rompakan dadah yang gagal.
Pihak polis juga berjaya menjumpai kelongsong-kelongsong peluru di tempat kejadian dan sehingga kini identiti suspek kedua masih belum didedahkan dan tiada tangkapan lain dibuat setakat ini. Ikat jamin untuk Birkley ditetapkan sekitar AS$1 juta (anggaran RM4.4 juta).
Sumber: Metro UK