Foto: Facebook
Sebelum ini, kecoh beberapa keping foto di media sosial memaparkan wanita berpakaian seksi menyediakan perkhidmatan menggunting rambut kepada lelaki di Puchong, Selangor.
Foto tersebut bagaimanapun menerima kecaman yang begitu hebat daripada wargamaya dan dianggap tidak bersesuaian kepada tontonan umum.
Respon salon rambut
Foto: AJ Hair Studio Puchong
Susulan kecaman tersebut, AJ Hair Studio Puchong menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang spekulasi. Ujar salon berkenaan, kedai tersebut hanyalah tempat biasa yang menyediakan perkhidmatan rambut kepada orang ramai. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pemilik salon tersebut mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
Jangan ambil gambar model saya dan kongsikan kepada kumpulan lain. Dan edit kapsyen kedai kami mempunyai perkhidmatan ‘istimewa’.
Difahamkan, foto tersebut telah disalah tafsir sehingga timbulnya spekulasi sedangkan model tersebut hanya digunakan semasa majlis pembukaan salon itu.
Model itu hanya model pembukaan besar kami. Jangan fikir banyak please, have a nice day.
Terdahulu, foto tersebut tular di media sosial dan pada mulanya ramai menyangkakan perkhidmatan tersebut disediakan di negara jiran, Thailand.
Sumber: AJ Hair Studio Puchong