Sekadar gambar hiasan
Gara-gara mencuri 63 batang besi, seorang lelaki di Indonesia telah ditahan polis di majlis pernikahannya. Difahamkan, jumlah kerugian akibat daripada tindakan suspek mencecah hingga ratusan juta rupiah.
Kena tangkap lepas majlis nikah
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, penangkapan tersebut dibuat selepas suspek didapati bersalah kerana mencuri 63 batang besi di tapak pembinaan Bangunan Bhayangkari di Ibu Pejabat Polis Daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada 28 Mei lalu. Pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan berhubung kejadian.
Menurut sumber, hasil jualan 63 batang besi yang dicuri itu digunakan suspek untuk majlis perkahwinannya. Suspek yang berusia 32 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian kerana terkilan selepas dirinya dipecat oleh ketua projek pembinaan terbabit.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan selepas majlis perkahwinannya berlangsung dan suspek akan didakwa mengikut Perkara 363 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara selama 6 tahun.
Sumber: Tribunnews