Sekadar gambar hiasan
Malang nasib seorang wanita yang meninggal di rumahnya di bandar Bataysk di Rostov Oblast, Rusia selepas mayatnya dipercayai dimakan 20 kucing peliharaannya.
Dimakan kucing sendiri
Foto: Mirror
Memetik laporan antarabangsa, wanita berkenaan dilaporkan meninggal dua minggu lalu sebelum dijumpai dan dia dimakan oleh kucing daripada baka Maine Coon. Ketika dijumpai oleh pihak polis, mayat wanita ini dikelilingi kucing-kucing berkenaan yang dikenali dengan sifat pasif dan lembut.
Berikutan berada dalam keadaan lapar selama beberapa minggu, menyebabkan kucing tersebut bertindak di luar kawalan dengan memakan tuan mereka berikutan tiada makanan ketika itu untuk bertahan dan terus hidup.
Kucing-kucing itu dibiarkan selama dua minggu tanpa makanan. Itu kita faham. Mereka makan apa yang ada.
Susulan daripada itu, beberapa ekor kucing yang masih berada dalam keadaan sihat telah dijual kepada pemilik baharu dengan harga GBP30 (anggaran RM165) seekor.
Sumber: Mirror