Selepas tiga hari ditahan reman susulan kes pukul di sebuah kondominium, pelakon Sharnaaz Ahmad dibebaskan dengan ikat jamin pada Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Unsur Panas Baran, Saya Yakin Tak Bersalah’ – Sharnaaz Ahmad
Anak beranak berpelukan
View this post on Instagram
Sebaik sahaja dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, Sharnaaz terus berjumpa dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden bagi mengubat rasa rindu.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), aktor berusia 37 tahun ini memuat naik video berpelukan dengan Jebat beserta kapsyen, ‘Saya okey. Insya-Allah. Baba (panggilannya) sayang awak!’
Dari raut wajah, anak kecil berumur empat tahun ini kelihatan merindui Sharnaaz apabila memeluk erat tanpa melepaskan.
Runtun hati netizen
Di ruangan komen, momen dua beranak ini telah menimbulkan rasa sebak dalam kalangan peminat di media sosial.
@ekien.ishak: Kesian dia (Jebat) muka dia sedih tengok daddy dia.
@mazlin_baharin: Nampak Jebat rindu baba dia.
@nadiahmohdnoor_: Weh aku pulak teqiak (nangis) tengok. Dapat rasa kasih sayang seorang ayah untuk anaknya.
@izlovelyz23: Allah.. Rindunya baba dia.
Selain itu, rakan artis dan wargamaya turut memberi kata-kata semangat kepada pelakon drama I Promise Janji Anaqi untuk menghadapi dugaan tersebut.
Antaranya adalah Shuib, Black Hanifah, Syamsul Yusof, Faizal Tahir, Elizad Sharifuddin, Haris Ismail, Beto Kusyairy, Fizo Omar dan ramai lagi.
Pada Sabtu lalu, kecoh dengan kontroversi pelakon terkenal menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad