Rawatan alternatif yang dikongsi seorang pengguna TikTok, bagi merawat pesakit kanser paru-paru mencetuskan 1001 persoalan dan rata-rata warganet sangsi akan keberkesanannya.
Artikel Berkaitan: Padah Buat ‘Drip Whitening’ Sebab Terlampau Taksub Nak Putih
Artikel Berkaitan: Bukan Swab Test Je, Servis Tindik Lidah Pun Boleh Buat Dalam Kereta Masa PKP Ini
Artikel Berkaitan: Punya ‘Kemaruk’ Nak Putih, Drip Vitamin C Dalam Kereta Pun Boleh!
Hanya guna ‘alat istimewa’
Menerusi video pendek dikongsi individu berkenaan, memaparkan dia melakukan pemeriksaan menggunakan sebuah alat khas yang mengeluarkan lampu berwarna biru kepada seorang lelaki warga emas yang dipercayai menghidap kanser paru-paru.
Ketika rawatan tersebut dilakukan, alat khas berkenaan dipusing berkali-kali pada bahagian dada pesakit tersebut. Ajaibnya, selepas tiga kali rawatan warga emas berkenaan yang sebelum ini terlantar di atas katil berjaya bangun dan duduk pada kerusi seperti biasa.
Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan akan keberkesanaan rawatan alternatif tersebut dan kejadian berkenaan berlaku di mana.
Video dikongsi berjaya meraih hampir 200k tontonan dan pelbagai respon daripada warganet yang seolah-olah tidak percaya akan rawatan yang ditawarkan.
Respon netizen
Sumber: TikTok