Seorang individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes pukul melibatkan seorang pelakon lelaki popular di sebuah kondominium di Sentul pada Khamis lalu, lapor Sinar Harian.
Kertas siasatan sedang dilengkapkan
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, siasatan mendapati individu berkenaan terlibat dalam kejadian tersebut.
Kita telah panggil individu berkenaan, dan dia telah hadir untuk dirakam percakapan.
Kertas siasatan kini sedang dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, seorang pelakon tempatan diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman empat hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.
Sumber: Sinar Harian