Pelakon, Mubarak Majid memberitahu dia dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.
Baru diberitahu mengenai kemenangan ini
Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini.
Menurut Mubarak, kemenangan ini merupakan kemenangan pertama yang diraih sepanjang empat dekad pembabitannya dalam industri lakonan tanah air. Tambah Mubarak, dia memegang watak sebagai bapa kepada seorang model dalam filem pendek tersebut. Sebagai bapa dia telah salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Namun, siapa sangka anaknya itu mahu membantunya untuk mencari wang demi biaya kos perubatan ibu.
Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh sakit dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.
Ujar Mubarak lagi, kemenangan ini amat memeranjatkan kerana setakat ini namanya hanya tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah di tanah air seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.
Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri. Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya. Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya.
Sumber: Mubarak Majid