Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai dikelar ahli keluarga sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Melaka. Mangsa dipercayai dibunuh oleh anak sulungnya.
Kelar leher ibu kandung
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 60 tahun itu ditemukan di dalam bilik tidur rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah. Difahamkan, mayat pesara guru itu ditemui anak perempuannya yang kemudian menjerit meminta tolong.
Menurut jiran mangsa iaitu Jamilah mendakwa ketika kejadian, dia berada di kedai runcitnya sebelum terdengar jeritan anak perempuan mangsa. Dia kemudian melihat beberapa penduduk memanjat pagar dan masuk ke dalam rumah jirannya itu.
Melihat baju anak perempuan jiran (mangsa) dipenuhi darah (ketika menjerit meminta tolong), saya dah dapat syak (berlaku pembunuhan).
Sehinggalah disahkan jiran lain yang masuk ke dalam rumah berkenaan, saya tidak menyangka ia (pembunuhan) boleh berlaku.
Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa baru sahaja kematian suami bulan lalu. Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan mangsa sebelum ditahan orang kampung.
Sumber: Harian Metro