Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, kos majlis perkahwinan semakin meningkat berikutan kenaikan kos hidup di negara ini. Oleh hal demikian, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga harus melakukan majlis mengikut bajet dan kemampuan masing-masing supaya tidak membebankan mana-mana pihak.
Namun ada segelintir ibu bapa yang mempunyai kehendak melampau sehingga menyusahkan dan memaksa anak mereka supaya mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah.
Mak paksa buat ‘loan’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian portal Malay Wedding di Twitter, seorang bakal pengantin meluahkan kisah yang menimpa dirinya apabila ibu bapanya memaksanya membuat pinjaman peribadi untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan yang dirancang sedangkan dia dan pasangan sudah bersetuju mahu bernikah sahaja.
Saya bakal berkahwin hujung tahun ni. Dari awal lagi saya dah cakap saya tak nak buat majlis sebab saya dan pasangan hanya kumpul duit buat nikah sahaja. Ibu bapa saya insist nak buat majlis.
Majlis pula ikut tekak mereka. Yang menjadi masalah sekarang adalah duit. Ibu bapa selalu tekankan bahawa duit hantaran adalah duit untuk kegunaan majlis.
Persiapan ibu bapa dan ‘booked’
Sekadar gambar hiasan
Tambah individu ini lagi, dia dan pasangan bercadang mahu menggunakan wang hantaran sebagai simpanan bagi menampung perbelanjaan selepas berkahwin tetapi ibu bapanya pula seakan memaksa mereka mengadakan majlis. Lebih mengejutkan apabila orang tuanya itu menyuruhnya membuat pinjaman peribadi demi menjayakan majlis perkahwinan idaman mereka.
Banyak persiapan perkahwinan parents saya dah booked. Bila saya cakap saya tak ada duit untuk buat majlis, diorang suruh saya buat loan. Saya tak nak sebab pertama, saya memang tak buat majlis. Kedua, majlis tu bukan majlis yang saya nak, erti kata lain bukan dream wedding saya.
Parents saya pulak awal awal dah cakap, salam kaut tu nanti untuk diorang. Saya tak boleh ambil. Kalau saya yang keluar duit, salam kaut saya tak boleh ambil, duit hantaran kena guna untuk majlis, apa je yang saya dapat dari majlis ni? Sedangkan at the first place saya tak nak pun buat majlis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan sikap si ibu bapa yang memaksa anaknya mengadakan majlis perkahwinan. Dalam kesempatan itu, mereka juga menasihati wanita ini supaya tidak membuat pinjaman peribadi kerana ‘hutang’ itu akan membebankan dirinya kelak.
Sumber: Tweet Malay Wedding