Penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting, mengambil langkah untuk mendiamkan diri berikutan kes kematian tiga individu di pusat karaoke miliknya di Bengkulu.
Minuman keras punca?
Menerut laporan Kompas, insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan minuman keras. Menurut pihak berkuasa tempatan, ahli keluarga mangsa turut berkunjung ke pusat hiburan yang sama sebelum kejadian tersebut berlaku. Ujar peguam mangsa, SA Reno Ardiansyah, Ayu terkait dengan tuduhan lalai sehingga menyebabkan kematian kerana dia merupakan pemilik pusat karaoke tersebut. Jelas Reno, segala yang berlaku perlu ditanggung oleh Ayu. Walau bagaimanapun, Ayu enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan punca kejadian.
Sementara itu, pihak perundangan turut meminta siasatan dilakukan terhadap prosedur makanan dan minuman yang diberikan kepada mangsa. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia disebabkan minuman keras yang dijumpai di lokasi kejadian.
Sumber: Kompas