Siapa je yang tak suka bbq tepi pantai, betul tak? Tambahan pula, bila korang tak perlu bawa apa-apa dan semuanya tersedia. Memang epik giler la. Datang plak dengan kawan-kawan, lepak, minum dan makan. Layan habis kot.
Sekarang semua tu dah tak mustahil dengan adanya pakej Sunway Lagoon BBQ By The Beach yang menawarkan bbq platter terbaik, siap dapat join main flow rider secara percuma.
Barbeku santai bersama rakan dan keluarga.
Ditawarkan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sunway Lagoon BBQ By The Beach adalah salah satu acara makan malam barbeku tepi pantai yang santai dan menarik untuk korang cuba.
Bayangkanlah, makan malam di kawasan pantai Sunway Lagoon, ditemani lampu dan bbq platter dimana dalam masa yang sama korang dapat luangkan masa dengan rakan dan keluarga sambal bergelak ketawa. Tak ke best tu?
Bbq platter yang ditawarkan pun bukan biasa-biasa ye. Ada menu yang sedap-sedap seperti Cajun Shrimp, Chicken Wings, Cocktail Sausage, Portugese Grilled Fish, salad dan pelbagai lagi. Meriah wei! Senarai menu lengkap adalah seperti berikut.
Set:
German Potato Salad
Chef Salad
Cream Of Mushroom Soup
BBQ Platter:
Cajun Shrimps
Chicken Wings
Cocktail Sausage
Portuguese Grilled Fish
Vegetable Skewers
Corn on Cob
Yang Chow Fried Rice
Watermelon Sticks
(BBQ Sauce, Mushroom Sauce Black Pepper Gravy dan Air Asam)
Caj tambahan dikenakan bagi setiap add-ons. Boleh klik SINI untuk buat tempahan.
Serendah RM64 seorang!
Personally, rugi kalau korang tak cuba. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan iaitu serendah RM64 seorang. Korang tak perlu dah bersusah payah usung peralatan barbeku, hidupkan api dan sebagainya. Korang cuma perlu datang, makan dan have fun je sepanjang malam.
Percuma Flowrider ride.
Bukan itu sahaja, apabila korang beli tiket untuk sertai Sunway Lagoon BBQ By The Beach, korang juga akan dapat free pass untuk main Flowrider ride dimana korang boleh surf sepuasnya bermula pada jam 7 malam hingga 10 malam.
Walau bagaimanapun, penting untuk korang patuhi peraturan yang telah ditetapkan termasuklah waktu operasi. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu korang take note.
1. Setiap pelanggan pakej Sunway Lagoon BBQ By The Beach mestilah menggunakan pintu masuk Surf Beach
2. Waktu operasi: 6 petang hingga 11 malam
3. Pelanggan tidak dibenarkan masuk selepas jam 9 malam
4. Dengan pembelian minima 2 tiket dewasa, kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dikenakan bayaran tetapi jumlah makanan tetap diterhadkan kepada 2 orang sahaja.
Ini adalah sebahagian daripada maklumat yang bagi min penting untuk korang ambil tahu. Selain itu, bagi korang yang datang dengan kawan-kawan non-muslim dan jika mereka nak bawa masuk minuman keras, ada caj tambahan yang dikenakan. Maklumatnya ada dibawah.
1. Corkage fee dikenakan bagi kemasukan wine dan liqour. Wine (RM80) sebotol, Liqour (RM120) per 750ml.
Perlu diingatkan pakej penginapan dan taman tema tidak termasuk sekali dengan tiket Sunway Lagoon BBQ By The Beach. Oleh itu, korang kena dapatkan tiket secara berasingan melalui kaunter tiket, Zon Hydration, kaunter X Park, kaunter Zulu Walk atau kaunter keahlian taman tema.
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Nikmati pengalaman barbeku paling epik dengan Sunway Lagoon BBQ By The Beach. Dapatkan tiket korang sekarang di SINI.