Di Seoul, Korea, seorang wanita berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh dua anak lelakinya berumur 8 dan 7 tahun akibat dihimpit masalah kewangan.
Cubaan bunuh diri gagal
Foto: Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Koreaherald, sebuah mahkamah di selatan Seoul mendapati tertuduh, yang identitinya dirahsiakan, bersalah membunuh dua anaknya di rumah mereka pada bulan April yang lalu. Wanita itu kemudian cuba membunuh diri tetapi gagal.
Defendan menjalani kehidupan yang sukar dan dilanda kebimbangan, tetapi mahkamah tidak menerima alasan tertuduh.
Mahkamah turut memaklumkan bahawa tertuduh tidak berusaha untuk mengatasi kesukaran hidup, seperti mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan psikoterapi sehingga bertindak sedemikian.
Sumber: Koreaherald