Macam-macam sebab kini yang menjadi punca kepada keberantakan rumah tangga, terkini, seorang wanita hilang sabar selepas mendapati bahawa suaminya menjalinkan hubungan dengan gadis yang dikenali melalui permainan PUBG.
Kikis duit suami
Menerusi satu hantaran milik @mommy_lara di laman TikTok, seorang wanita dilihat dalam keadaan berang sedang menghempas sebuah televisyen sambil berulang kali memarahi suaminya.
Aku dah cakap dah… aku dah cakap dah kan…
Jangan main PUBG… kau ini memang lah.
Menerusi ruangan komen, wanita tersebut mendakwa bahawa gadis yang suaminya kenali dalam permainan PUBG itu telah mengikis duit suaminya.
Menurutnya, bapa kepada 3 orang anak itu bukanlah seorang yang berduit, membuatkan dia lebih berang lagi kerana lelaki itu sanggup ‘pasang dua’.
Nak cari empunya badan
Dalam satu hantaran video yang berbeza, wanita tersebut menulis pada kapsyen bahawa dia nekad ingin mencari gadis yang menjalinkan hubungan dengan suaminya itu sehingga jumpa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang setuju dengan tindakan wanita itu yang ‘menyerang’ pemain wanita PUBG, sedangkan suaminya yang ‘membuka pintu ‘.
Sumber: TikTok @mommy_lara