Susulan video seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang dikenali sebagai Alia yang dikatakan dipukul dengan batang penyapu, seorang wanita dipercayai ibu kandung kepada kanak-kanak itu muncul bagi mendapatkan kembali darah dagingnya.
Nak dapatkan Alia semula
Menerusi satu perkongsian milik @ayong1772 di laman TikTok, wanita terbabit memaklumkan dirinya merupakan ibu Alia yang sah. Wanita tersebut yang berasal dari Indonesia dilihat memakai baju yang dicetak dengan gambar Alia dan ditulis ‘kegembiraanku’ pada baju tersebut.
Menerusi kapsyen perkongsian, wanita itu yang berusia 22 tahun datang ke Malaysia untuk bekerja, dan telah meninggalkan anaknya buat sementara waktu.
Mak Alia ini umur baru 22 tahun.. datang nak cari rezeki… tinggalkan anak buat sementara waktu untuk dia cari kerja…sudahnya anak dia didera.
Semoga Allah bantu dan permudahkan jalannya.
Dalam satu perkongsian yang berbeza, dikongsi gambar wanita itu dengan kapsyen berharap agar urusan mendapatkan semula Alia dipermudahkan.
Semoga Allah permudahkan urusan awak untuk mendapatkan anak awak semula. #justiceforalia #ibusebenaralia
Netizen nampak iras
Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 2 juta tontonan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat persamaan wajah wanita tersebut dengan Alia, selain mendoakan agar urusan mendapatkan pembelaan buat Alia dipermudahkan.
Sumber: TikTok @ayong1772