Pelakon, Ruhainies meluahkan rasa gembira kerana berjaya memberi kesenangan kepada kedua ibu bapanya setelah tujuh tahun bergelar anak seni.
Sambut ulang tahun ke-30
Ruhainies yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran esok memberitahu dia sangat rapat dengan ahli keluarga. Oleh sebab itu, dia mahu bekerja keras dan mahu memberi segalanya kepada kedua ibu bapanya sementara mereka masih hidup.
Saya sangat rapat dengan keluarga. Ke mana saya pergi, ahli keluarga pasti ada bersama saya. Sepanjang 30 tahun saya hidup, pastinya pernah melalui zaman susah. Saya percaya setiap orang pun ada zaman jatuh bangun bersama keluarga. Saya dah berjanji dengan diri sendiri, jika keluarga saya memerlukan, saya kena ada untuk mereka, tak kiralah dari segi sokongan moral atau kewangan.
Sebab itu saya bekerja keras kerana tanggungjawab itu ada pada saya. Tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni, saya memang fokus untuk mencari rezeki kerana saya mahu membantu. Mana tahu jika ada situasi yang tidak mengizinkan berlaku, saya ada untuk mereka. Saya tak boleh banyak rehat sangat, biarlah saya bekerja kuat kerana jika ada apa-apa yang terjadi kepada keluarga, saya ada.
Tambah Ruhainies, dia berjaya merealisasikan hasrat ibu dan ayahnya untuk menunaikan haji pada tahun 2019. Meskipun, tidak ikut bersama pada waktu itu, Ruhainies memberitahu dia berasa puas kerana ibu dan ayahnya gembira. Menerusi Instagram Harian Metro, kelab peminat Ruhainies dilihat telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat artis kesayangan mereka, semalam.
Bertemakan Bollywood
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, majlis tersebut dipercayai berlangsung di Riyaaz Event Space, Puchong. Selain ahli keluarga dan peminat, beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan majlis ulang tahun kelahiran Ruhainies. Antara selebriti yang hadir ialah Nazim Othman dan Bella Astillah.
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro