Di TikTok, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah dilihat membawa anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah menziarahi kubur pelawak itu, semalam.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Demam Rindu Sebab Teringat Arwah, Netizen Sebak Hamzah Kucup Frame Abam, Tak Henti Panggil ‘Ayah’
Artikel berkaitan: Balu Arwah Abam Menang Kes Tuntutan Saman Fitnah Ali Puteh
Kau tetap dihatiku
Hidayah berkongsi video tersebut sambil meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya. Meskipun sudah dua tahun arwah Abam meninggalkan dirinya dan anak, Hidayah berkata arwah sentiasa berada di dalam hatinya.
Abang hari ni sayang bawa anak kita datang jumpa abang. Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah tiada. Al-fatihah suamiku tercinta Syed Umar Mokhtar. Kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga.
Menerusi video yang dikongsikan, warganet menyifatkan anak kecil itu sudah faham mengenai erti kehilangan. Namun, warganet yakin bahawa Syed Uthman seorang anak yang kuat dan mampu membanggakan ibu dan arwah bapanya itu. Warganet turut mendoakan yang terbaik buat Hidayah.
Video
@hidayah_hamzah Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg ? ‘Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ?? kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ???…#alfatihah #cintasyurga #kitabaikramaisayang #dieyabeauty #anakibuayah #doakudisetiapsujudku #sabundaunsukunhidayahabam ? Takkan Pisah – Wali
Sumber: Hidayah Hamzah