Sudah hampir ke episod akhir hari ini, drama ‘Risik Pada Hati’ lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya ternyata membuat emosi para penonton tidak stabil, semalam. Menerusi episod 27, Adam (Alif Satar) akhirnya menceraikan Hayfa (Ummi Nazeera) di hadapan Aisya (Zara Zya).
Saya dah penat
Bagi pengikut setia drama ini, korang pasti tahu yang drama ‘Risik Pada Hati’ ini mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan mereka namun, Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Susulan daripada itu, Hayfa meminta Adam untuk berkahwin lain. Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.
Konflik semakin berlaku dalam rumah tangga Adam dan Hayfa sehinggalah Hayfa meluahkan rasa hilang sabarnya semalam. Menurut Hayfa, dia telah berkorban segalanya demi menyelamatkan rumah tangga dan melihat Adam gembira. Namun, cara dan sikap Adam terhadap Hayfa, membuatkan wanita ini rasa tidak dihargai. Oleh itu, Hayfa meminta Adam untuk melepaskannya. Meskipun berat untuk membuat keputusan dan melepaskan cinta pertama, Adam akhirnya menceraikan Hayfa di hadapan Aisya. Terkejut mendengar lafaz cerai yang dikeluarkan dari mulut Adam, rata-rata penonton di rumah terutama kaum wanita turut mengalirkan air mata.
Lakonan yang mantap
This scene both very powerful acting??#RisikPadaHati Episode 27#TeamHayfa ??#TeamAisyah ?? pic.twitter.com/bC2umuxAlu
— Malaysia (@BAMalaysia60) August 2, 2022
Menurut netizen, lakonan ketiga-tiga pelakon utama dalam drama ini sangat mantap. Mereka berjaya membuat para penonton merasai kesedihan. Ujar netizen, ketiga-tiga watak telah berkorban dan Hayfa tidak sepatutnya memarahi Adam dengan cara sebegitu. Adakah Hayfa dan Adam akan kembali bersatu? dan adakah Aisya akan pergi dari hidup Adam? Nantikan episod akhir malam ini!