Anak kepada pelawak, Achey iaitu Tiara, terpaksa dikejarkan ke hospital akibat demam panas. Menurut Achey, terdapat tonsil pada bahagian tekak Tiara.
Makan muntah
Ujar Achey, suhu badan Tiara terlalu tinggi dan demamnya tidak menentu. Lebih menyedihkan, anaknya yang berusia 5 tahun itu akan muntah sebaik sahaja diberi makanan.
Kita tak boleh tengok. Pertama kali ke hospital nampaknya selama 4 tahun. Syukur hospital Uitm dah beroperasi. Sampai saja doktor terus periksa dan ambil darah dia. Bila periksa, ada tonsil agak besar dekat dengan tekak. 2 jam dapat keputusan darah.
Tambah Achey, keputusan ujian darah anaknya semua berada dalam keadaan yang baik. Sebagai bapa, Achey berasa sayu melihat puteri kesayangan berada dalam keadaan lemau.
Pesanan saya jaga diri dan keluarga semua. Moga yang melalui ujian sakit di berikan syifa dan kesihatan berpanjangan. Terima kasih doakan Tiara.
Semoga cepat sembuh!
View this post on Instagram
Rata-rata rakan artis turut mendoakan agar Tiara kembali sihat dan boleh keluar dari hospital secepat yang mungkin.
Sumber: Achey