Baru-baru ini, ketua kumpulan Mirror iaitu Lok Man Yeung akhirnya tampil membuka mulut selepas beberapa hari insiden televisyen gergasi jatuh menimpa penarinya ketika melakukan persembahan.
Artikel berkaitan: Ketua Kumpulan Mirror Buka Mulut Isu Skrin TV Gergasi Jatuh, Minta Doa Peminat
Menerusi laporan South China Morning Post, berita mengenai penari, Moo Lee Kai-yin dan Chang Tsz-fung dilihat menjadi perbualan hangat di semua media tatkala kedua-dua mereka masih dirawat di hospital.
Kena buat fisioterapi setiap hari
Menurut isteri kepada salah seorang mangsa iaitu Chang Tsz-fung, suaminya terkena skrin televisyen gergasi tersebut selepas cuba menyelamatkan rakannya iaitu Lee. Tambah isteri Chang, dia terpaksa membuka mulut kerana beberapa media didakwa memberi laporan tidak tepat.
Chang tidak nampak skrin tersebut ketika jatuh. Jadi dia berlari ke depan dan cuba beri bantuan ketika insiden tersebut berlaku.
Ujar isteri Chang lagi, suaminya cuba menahan skrin tersebut daripada dihempap namun, skrin tersebut terlalu berat. Chang dilaporkan berjaya merangkak keluar untuk menyelamatkan diri. Berikutan daripada itu, Chang mengalami kecederaan di bahagian pinggul, kepala, paha dan luka di beberapa bahagian badan.
Dia akhirnya diselamatkan kru lain dengan mengangkat 4×4 meter itu. Sayangnya, Chang telah pengsan.
Akibat kecederaan yang dialami, Chang perlu melakukan fisioterapi di sebuah hospital di Hong Kong setiap hari. Sementara itu, Moo Lee Kai-yin dikhabarkan berisiko lumpuh dari leher ke bawah selepas beberapa tulangnya patah. Paru-paru Lee juga dipercayai mengalami kecederaan.
Sumber: South China Morning Post