Foto: Kosmo
Misteri bau busuk di sebuah kawasan perumahan di Jalan Meranti, Tambang Badak akhirnya terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki semalam.
Mayat reput dalam rumah
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemukan setelah jiran yang juga merupakan abang mangsa terhidu bau busuk di depan rumah adiknya ketika dia pulang dari tempat kerjanya. Dia cuba menghubungi adiknya (mangsa) namun tiada sebarang jawapan yang diterima. Susulan daripada itu, saksi meminta pertolongan jirannya untuk menghubungi panggilan kecemasan.
Setelah pihak bomba membuka pintu rumah berkenaan, mereka mendapati mayat mangsa berada keadaan terlentang dan mereput. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah lain. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya.
Sumber: Kosmo, Astro Awani