Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
Tidak memohon permit
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata. Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya.
Semalam, viral di media sosial gambar seorang model yang berpakaian menjolok mata pada KFW22 di sebuah pusat beli-belah di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos. Gambar tersebut turut menerima kritikan daripada warganet yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri.
Bukan wanita?
Maksiat merata-rata. Bila aku kata dekat Kedah p*ndan bebas berpakaian seperti wanita, hampa kata aku fitnah.
Di Facebook, seorang lelaki mendakwa model wanita yang berpakaian menjolok mata pada KFW22 bukanlah seorang wanita. Hasil carian di Tiktok, ternyata model tersebut mengaku bahawa dirinya ‘transwomen’.
Sumber: Aduan Rakyat Kedah