Pelakon Indonesia Marcella Simon mengejutkan ramai pihak selepas dikatakan telah murtad, dan kembali memeluk agama asalnya iaitu Kristian.
‘Hampir temui ajal’
Foto: Instagram Marcella Simon
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Marcella, 32 tahun telah berkongsi gambar dia kembali memeluk Kristian melalui upacara baptis yang dijalankan seorang paderi.
Perkongsian Marcella itu menerima pelbagai reaksi warganet termasuk rakan selebriti yang mempersoalkan keputusan selebriti itu. Marcella Simon bagaimanapun memaklumkan dia mengalami masalah mental sejak memeluk islam sekitar tiga tahun lalu.
Selepas tiga tahun (memeluk islam) saya hampir menemui ajal.
Meskipun ada warganet yang kurang senang dengan keputusan tersebut kerana dianggap seolah-olah agama Islam dipermainkan, namun masih ada yang berdoa agar Marcella Simon diberikan hidayah.
Terdahulu, Marcella telah memeluk agama Islam, pada 2019.
Sumber: Instagram Marcella Simon