Didakwa mencemarkan nama baik pasukan tentera India, pelakon, Aamir Khan, berdepan tindakan saman selepas satu laporan polis dibuat berhubung filem terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Laal Singh Chaddha’.
cetus perbalahan
Menerusi laporan Bollywood Hungama, salah satu babak dalam filem tersebut dilihat sengaja mencetuskan perbalahan antara kaum di mana ia bertentangan dengan undang-undang negara tersebut.
Filem tersebut menggambarkan seorang yang mempunyai masalah mental dibenarkan untuk menyertai pasukan tentera dalam perang kargil. Tindakan itu adalah satu fitnah dan menjatuhkan moral. Ini kerana, mengikut fakta anggota terbaik sahaja yang dibenarkan berperang.
Selain itu, salah satu dialog yang dikeluarkan dalam filem tersebut juga didakwa boleh mencetus kepada perbalahan antara kaum.
Ia bertentangan dengan ideologi negara dan menimbulkan salah anggap terhadap tentera India.
Berikutan daripada isu tersebut, Aamir Khan selaku penerbit dan beberapa pihak lain yang terlibat dalam pembikinan filem bakal didakwa atas kesalahan menyentuh sentimen agama, menghina tentera India serta mewujudkan unsur provokatif yang boleh mengakibatkan kekecohan.
Sumber: Bollywood Hungama