Pelakon Bollywood, Debina Bonerjee tidak menyangka bakal menimang cahaya mata kedua selepas empat bulan menyambut kelahiran anak sulungnya, Lianna pada bulan April lalu.
Saya hamil lagi
Debina berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya. Menurut Debina, dia dan suami, Gurmeet tidak keberatan untuk menyambut kelahiran seorang lagi cahaya mata walaupun usia anak sulung mereka baru sahaja empat bulan.
Saya hamil lagi!
Ujar Debina, dia menganggap kehamilan kedua itu sebagai satu anugerah. Menurut Gurmeet pula, dia mengambil masa selama lapan tahun untuk mendapatkan cahaya mata sulung.
Tuhan telah bermurah hati untuk memberikan kami seorang lagi cahaya mata. Selama lapan tahun saya dan juga isteri menanti untuk mendapatkan anak. Kini isteri saya sedang hamil anak anak kedua.
Sumber: Debina