Di Melbourne, Australia, pihak polis berjaya menunaikan hasrat seorang warga emas yang mahu dirinya ditangkap ketika sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-100.
Tak pernah buat salah
Menerusi laporan Daily Mail, wanita yang dikenali sebagai Jean Bickenton itu merupakan bekas jururawat tentera. Jean dikatakan mempunyai hasrat untuk diberkas polis sejak dahulu lagi. Ketika hari lahirnya, pasukan polis telah merancang untuk menunaikan hasrat wanita tersebut. Mereka bergegas ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care untuk membuat kejutan.
Menurut Jean, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melakukan kesalahan seperti mabuk, ditahan, kehilangan lesen memandu atau melanggar mana-mana undang-undang.
Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya.
Sementara itu, polis negeri Victoria meluahkan rasa teruja untuk menjadikan hasrat Jean sebagai satu kenyataan. Ujar pihak polis, mereka telah memberitahu penghuni lain bahawa ia merupakan rancangan sambutan hari lahir bagi memastikan tiada sebarang masalah akan timbul.
Tambah Jean, sambutan ulang tahun kali ini merupakan sambutan yang paling hebat dalam hidupnya.
Sumber: Daily Mail