Tampil melakukan persembahan di Istana Merdeka sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-77 republik Indonesia, baru-baru ini, nama Farel Prayoga mula mencuri tumpuan warganet di media sosial.
Dapat banyak jemputan
Baru berusia 12 tahun, Farel dikatakan seorang yang sangat berani kerana melakukan persembahan di hadapan Presiden Jokowi dan beberapa menteri yang lain. Farel telah menyanyikan lagu ‘Ojo Dibandingke’ nyanyian asal Abah Lala pada waktu itu. Sejak dari itu juga, Farel telah mendapat banyak jemputan untuk melakukan persembahan di Indonesia.
Terbaru, Farel dipercayai menerima sebuah tawaran persembahan di Kalimantan. Namun begitu, dia didakwa sempat menolak tawaran tersebut kerana bimbang tidak dapat hadir ke sekolah. Meskipun diberi bayaran yang terlalu tinggi, Farel nekad untuk menolaknya.
Menerusi laporan Detik, seorang hartawan yang dikenali sebagai Haji Islam telah berjaya memujuk Farel. Menurut Haji Islam, Farel tidak akan tertinggal ke sekolah walaupun melakukan persembahan di Kalimantan. Lebih seronok, penganjur telah menyediakan jet peribadi daripada lapangan terbang buat Farel.
Dia tolak tawaran sebab mahu ke sekolah. Tapi selepas dijanjikan, dia akan sampai ke sekolah tepat waktu.
Sumber: Detik