Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan merajuk apabila menduduki tempat kedua dalam pertandingan taekwondo.
Artikel Berkaitan: ‘Tangan Mangsa Di Punggung Dhia..’ – Kakak Atlet Taekwando Cederakan OKU Dedah Kisah Sebenar
Sabar la adik. Cuba lagi tahun depan
Namun apa yang telah mencuit perhatian ramai adalah apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan bertali pinggang hijau merajuk kerana dikalahkan oleh salah seorang peserta bertali pinggang kuning. Lebih membuatkan kanak-kanak ini kecewa apabila peserta tersebut mempunyai ‘level’ yang lebih rendah daripadanya.
Gelagat spontan kanak-kanak ini telah mendapat lebih daripada 2.2 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi yang ditunjukkan selain memberikan sokongan kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Dalam kesempatan itu, mereka juga sempat berpesan kepada para ibu bapa supaya mendidik anak-anak untuk menitik beratkan mengenai adat ‘kalah atau menang’ dalam sesuatu pertandingan.
Reaksi netizen
Video penuh
@farabelladaud
@farabelladaud Replying to @danielmering part 2 utk awak ??
Sumber: @farabelladaud