Pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isteri tercinta, Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan mempunyai cyst berdekatan dengan rahimnya.
Kena buang cepat
Ketika dihubungi OhBulan!, Fizz memberitahu Almy menjalani pembedahan sekitar pukul 6.30 petang pada hari Sabtu. Kata aktor berumur 42 tahun, dia diberitahu doktor untuk segerakan pembedahan kerana risau ketumbuhan itu akan pecah.
Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan rahimnya.
Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah, jadi doktor cadang buat pembedahan segera.
Dua hari lepas ambil darah untuk pemeriksaan, hari ini dalam pukul 8 pagi dia punya keputusan keluar.
Dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti dia akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari.
Keputusan ujian kehamilan positif
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd. Fairuz Zainal Abidin memberitahu Almy sedang berbadan dua namun selepas diperiksa disahkan mengandung luar rahim.
Dia mengandung sebenarnya tetapi mengandung luar rahim. Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan.
Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
Ada cyst yang menganggu, kena buang cyst itu cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah.
Terdahulu, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram @fizzfairuzofficial