Setelah lapan minggu berlalu, program hiburan ‘Terpaling Juara’ akhirnya melabuhkan tirai semalam. Penyanyi otai, Rahmad Mega dinobatkan sebagai ‘Terpaling Juara’ sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi. Tahniah!
‘Ku Akui’ dan ‘Di Penjara Janji’
Menerusi konsert semalam juga, Aqmal dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua manakala Hazami dan Shaz menyangdang tempat ketiga dan keempat. Konsert akhir yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu menyaksikan Rahmad membawakan dua lagu iaitu ‘Ku Akui’ nyanyian asal Hafiz Suip dan duet bersama kapten, Hael Husaini menerusi lagu ‘Di Penjara Janji’.
Syukur kepada Allah atas malam yang cukup bahagia ini. Saya sudah mencipta titik baharu dalam kerjaya. Terima kasih kepada juri juga sering memberi teguran sepanjang saya berada program ini.
Seperti umum mengetahui, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff merupakan juri tetap program tersebut manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza dijemput sebagai juri jemputan sempena konsert akhir itu. Para penonton yang hadir dan di rumah turut dhiburkan dengan persembahan Floor 88 dengan lagu medley Chikadun dan Hutang serta persembahan khas daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.