Gara-gara mahu kekal awet muda, sepasang suami isteri di India ditahan polis kerana membunuh dua wanita. Lebih ngeri, pasangan tersebut telah memakan ‘daging’ mangsa.
Dua wanita jadi mangsa korban
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan The Quint, Bhagaval dan isterinya, Laila Singh didakwa mengerat badan mangsa sebelum memasak anggota badan tersebut sebagai sebahagian daripada ritual untuk kekal ‘awet muda’. Pasangan berkenaan turut bekerjasama dengan seorang lelaki yang bernama Rasheed. Menurut polis, ketiga-tiga mereka ‘mengorbankan’ dua wanita berusia 50-an dengan alasan mengamalkan amalan khurafat dan ilmu hitam.
Tambah polis, masalah kewangan juga merupakan punca pasangan tersebut melakukan jenayah. Difahamkan, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang sejak Jun dan September yang lalu. Hasil siasatan, pihak polis menemui cebisan mayat mangsa di rumah pasangan itu pada minggu ini.
Berdasarkan soal siasat yang telah dijalakan, Rasheed didakwa memberitahu Bhagaval dan Laila bahawa amalan memakan mayat yang dimasak akan membantu mengekalkan keremajaan.
Kami telah menemui semua bahagian mayat dua wanita yang dibunuh. Anggota mayat mereka ditanam di dalam tiga buah lubang. Tertuduh utama, Rasheed menggunakan Facebook untuk mencari orang yang mempunyai masalah kewangan. Dia mendapati Bhagaval dan Laila berminat dengan pengorbanan manusia.
Ujar pihak polis lagi, Rasheed diikat jamin selepas dituduh merogol seorang wanita ketika pembunuhan itu dilakukan. Ketiga-tiga mereka ditahan sehingga 26 Oktober ini dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Sumber: The Quint