Pelakon, Nad Zainal memberitahu kehidupannya kini lebih tenang selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Faliq Amirudin. Tambah Nad, berat badannya juga bertambah sebanyak dua kilogram.
Lebih gembira dan bahagia
Menurut Nad, 32, dua cahaya matanya masih belum mengerti apa yang berlaku. Malah, mereka tidak pernah bertanya kenapa ibu dan bapa tidak tinggal sebumbung. Tambah Nad, dia tidak pernah menghalang bekas suami berjumpa dengan anak-anak.
Bukan mahu riak atau langsung tidak terkesan dengan perceraian, tetapi kehidupan tenang bersama anak-anak. Namun, saya tidak pernah memusuhi bekas suami. Hubungan kami baik-baik sahaja. Bagi saya, tidak perlu ‘berdrama’ apabila sudah tidak sehaluan lagi. Saya juga tidak pernah menghalang bekas suami berjumpa anak-anak, setiap hari sekalipun. Ini kerana bekas suami juga berhak ke atas mereka.
Anak-anak masih terlalu kecil, masih belum faham apa yang berlaku. Setakat ini, anak-anak tidak pernah bertanya kenapa kami tidak tinggal sebumbung. Bekas suami bebas menemui anak bila-bila masa. Siapa ada kelapangan, boleh ambil anak, tidak perlu berdrama. Jika saya sibuk bekerja, anak-anak akan dijaga pembantu rumah. Pada masa sama, ibu bapa saya turut membantu mengawasi cucu sepanjang ketiadaan saya.
Belum fikir soal jodoh
Disoal mengenai pasangan hidup, Nad memberitahu dia masih belum memikirkan soal jodoh. Jelas Nad, dia mahu fokus kepada kerjaya dan membesarkan anak-anak.
Bukan serik kembali berumah tangga, sebaliknya, masih terlalu awal untuknya membuka ruang hati. Bukan artis sahaja bercerai, tetapi orang biasa pun ramai. Setiap orang, berdepan dengan isu berlainan. Namun, saya memilih tidak berkongsi terlalu terperinci kerana banyak hati perlu dijaga. Apatah lagi, perceraian sesuatu yang menyedihkan. Soal jodoh saya tak nak fikir langsung, lebih lagi, saya mempunyai dua cahaya mata. Perancangan masa depan bukan kuasa saya. Jika sudah sampai jodoh, itu kita perlu terima.
Sumber: Berita Harian