Di Facebook, ‘Super Daddy’ Khairul Abdullah, berkongsi kisah mengenai anak sulungnya, Khaleef yang terpaksa menjalani pembedahan disebabkan masalah jantung. Sebagai bapa tunggal, Khairul berkata momen bersama Khaleef sebelum proses pembedahan ternyata mengundang kesedihan.
Bagaimana kalau koma?
Menurut Khairul, anaknya itu mengajukan pelbagai soalan sebelum dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Meskipun doktor sudah menerangkan segala risiko yang bakal dihadapi ketika diminta untuk menandatangani semua borang, Khairul berkata dia terpaksa menahan sebak tatkala anaknya itu berbicara mengenai ‘koma’.
Anak saya tanya, adakah dia akan ditidurkan. Di samping itu, dia tanya saya bagaimana kalau koma dan pembedahan tersebut gagal.
Ujar Khairul, dia telah memberikan kata-kata semangat buat Khaleef sepanjang perbualan tersebut. Malah, Khairul berjanji akan menemani anaknya itu sehingga semuanya selesai.
Dia tetap tenang dan senyum sahaja. Cuma sebelum ditolak masuk ke dewan bedah dia bersuara perlahan. Daddy, I’m scared. Aku usap kepala, aku cium dia. Aku cakap aku akan ada sebelah dia dari dia pejam mata sampailah dia buka mata nanti. Nampak jelas ketakutan di wajah dia.
Suara dia tersekat dan mata dia berkaca. Aku bantu tolak dia sampai ke dewan bedah. Ada 7 orang di dalamnya yang menanti. Aku masuk dan bantu dia baring atas meja bedah. Aku tenangkan dia, layan lagi soalan-soalan dia. Doktor-doktor pun masih layan dengan baik segala concern dia. Sampailah dipakaikan topeng oksigen dan dimasukkan ubat bius. Aku bacakan bismillah dan berdoa untuknya. Matanya perlahan-lahan terpejam. Rapat. Daddy, boleh kiss dia dan tunggu di luar yer. Aku cium, aku cium dan aku cium. I love you abang.
Nak mommy!
Sejurus sedar, Khairul berkata anaknya itu hanya mahu pelukannya. Pada masa yang sama, anak kecil itu turut menangis dan mahukan ibunya.
Dia depakan tangan, dia kata nak peluk. Aku pun cubalah peluk di sebalik wayar berselirat tu. Sambil peluk dia bisik I love you daddy. Itu pun dah cukup buat hati aku berbunga. Tapi lepas tu kemain dia menangis lagi. Dia kata tak nak dah masuk bilik u lagi. Dia nak balik rumah, nak jumpa adik-adik. Sambil menangis juga, dia marah kenapa dia lightheaded, double vision, salty tounge dan suara dia jadi lain. Aku kata sebab tadi dia kan kena bius, kena intubate. Berulang-ulang kali merengek nakkan mommy dia. Yang ni aku tak dapat nak jawab apa-apa. Susah nak respons.
Sumber: Khairul Abdullah