Pelakon, Abby Abadi memberitahu ibunya, Hasnah Binti Abu telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Berita tersebut dikongsikan Abby menerusi akaun Instagramnya.
Pengsan sewaktu dialisis
Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran mak, teman mak makan, temankan solat, teman berbual. Hari ni mak dah tak ada? Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak saya dan mohon doa kalian ye agar mak saya ditempatkan di syurga terbaik disisiNya.
Menurut Abby, dia sempat meluangkan masa bersama ibunya semalam. Namun, dia tidak sangka ibunya akan pergi buat selama-lamanya hari ini. Tambah Abby, ibunya meninggal dunia di sebuah hospital swasta ketika melakukan dialisis. Ujar Abby lagi, ibunya pengsan pada waktu itu dan terus disahkan meninggal dunia.
Pelakon ‘Gerak Khas’ itu turut memaklumkan mayat ibunya akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat untuk urusan dimandikan selepas solat Zohor. Seterusnya, mayat akan terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4.
Sumber: Abby Abadi