Umum mengetahui, ibu kepada pelakon, Abby Abadi telah meninggal dunia semalam.
Artikel berkaitan: Pengsan Semasa Dialisis, Mak Abby Abadi Meninggal Dunia
Di Instagram, pelakon ‘Gerak Khas’ itu sempat memuat naik ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menguruskan jenazah arwah ibunya.
Berehatlah Mak
Berehantlah Mak. Allahyarhamah Hasnah Binti Meksom. Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.
Menurut Abby, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah. Dia turut berterima kasih kepada semua adik beradik dan orang yang berada di sekeliling kerana membantu menguruskan jenazah arwah ibunya. Abby juga tidak lupa kepada mereka yang menjaga ibunya tatkala melakukan dialisis dan berada di dalam wad.
Terima kasih tolong mak saya uruskan apa yang tak mampu mak saya uruskan sendiri. Yang mendoakan yang baik-baik secara langsung atau tidak langsung, Terima kasih ye untuk segalanya. Semoga Allah balas dengan sebaik-baik kebaikan.
Menerusi ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan salam tazkiah buat Abby Abadi dan keluarga. Mereka berharap Abby tabah dan kuat selepas ini.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Abby Abadi