Sekadar gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki disahkan meninggal dunia akibat lemas selepas dihukum berendam di dalam kolam ikan kerana curi-curi keluar dari sekolah pondok di Riau, Indonesia.
Pelajar sekolah maut dalam kolam ikan
Memetik laporan Kompas.com, insiden tersebut dipercayai berpunca apabila mangsa iaitu M Hafiz berusia 17 tahun bersama tiga rakannya telah keluar secara senyap-senyap dari sekolah pondok berkenaan untuk membeli makanan. Namun mereka tidak pulang semula ke asrama sehinggalah pada keesokan harinya.
Menurut Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Rohul Resort iaitu Aipda Mardiono, keempat-empat pelajar berkenaan telah menghabiskan masa mereka di padang bola sebelum pulang ke asrama.
Korban dan rakan-rakannya kemudian kembali ke pondok. Pada saat melalui lorong masjid dan lorong bilik mandi, mereka ‘ditangkap’ oleh tertuduh, LS (petugas keselamatan asrama).
Tertuduh ditahan polis, bantu siasatan
Sekadar gambar hiasan
Tindakan mereka itu dilaporkan kepada pengetua sekolah iaitu Ade Wiranta. Mereka yang mengaku akan kesalahan tersebut kemudian didenda oleh petugas keselamatan asrama. Mereka diarahkan untuk berendam di dalam kolam ikan di hadapan asrama selama 5 minit. Tidak terhenti di situ, petugas keselamatan asrama terbabit turut mengarahkan mereka untuk menyelam.
Tertuduh menyuruh pelajar naik dari kolam untuk mandi membersihkan badan. Namun, mangsa tak muncul dan naik dari kolam.
Rakan-rakan yang lain berkali-kali memanggil mangsa namun panggilan mereka tidak disahut. Ketika rakan lain datang memeriksa, mangsa sudah tidak bergerak. Mangsa kemudian dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Ahli keluarga mangsa enggan melakukan bedah siasat namun mereka berpakat untuk membuat laporan polis. Difahamkan, tertuduh telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Kompas.com