Sejak akhir-akhir ini, nama Ustazah Siti Afifah Shahbudin menjadi panas di media sosial selepas menggelar suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika bersalin.
Kemudian, Siti Afifah mendakwa bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa.
Artikel Berkaitan: Ustazah Afifah Dakwa Salam Artis Boleh Rosak Roh & Jiwa, Netizen Pelik Semua Tak Kena!
Kena sabar!
Kenyataan yang dianggap aneh dan tidak masuk akal itu menarik perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad untuk bersuara.
Menerusi Instagram Stories, Sharnaaz, 37, dilihat bengang namun terpaksa bersabar daripada menghembur kata-kata kesat.
Nak maki kena sabar. Nak penendang pun kena sabar. Nak penampar pun kena sabar.
Berebut rebut syaitan hasut ni nak maki. Contoh beza antara ulama dan ulam pegaga.
Menerusi akaun TikTok, Siti Afifah menyatakan bersalaman dengan orang agamawan lebih baik jika dibandingkan bersalaman dengan artis.
Selain itu, dia turut mendakwa, orang yang rajin beribadah ini mempunyai roh dan jiwa tersendiri.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad